Tuesday, 3 May 2011

INFO 'WARFARIN' SEBAGAI PENCEGAH DARAH BEKU

UBAT WARFARIN -juga dikenali 
sebagai  “ ubat pencegah darah 

beku”. Bertindak mencegah darah 
beku dengan menghalang fungsi  
vitamin K di dalam badan.

Pembentukan darah beku yang tidak normal di dalam salur darah sangat 
berbahaya kerana darah beku yang terbentuk akan menghalang pengaliran normal 
darah, seterusnya akan menyebabkan serangan jantung , strok dan kesesakan 
pernafasan. 
Terdapat beberapa keadaan penyakit yang memerlukan terapi warfarin; 
A)   Atrial Fibrillation  ( degupan jantung yang terlalu  cepat )  
B)   Penggantian injap jantung
C)   Deep Vein Thrombosis ( darah beku pada paru  paru ) 
D)   Pulmonary Embolism ( darah beku pada paru paru)  
E)    Strok ( angin ahmar )
F)    Serangan jantung
G)   Penyakit keturunan seperti kekurangan faktor pembekuan darah


 TINDAK BALAS WARFARIN DENGAN UBAT-UBATAN LAIN / MAKANAN /    
Ubat-ubatan dan makanan yang bertindakbalas dengan warfarin sama ada  meningkatkan / mengurangkan kesan warfarin. Contohnya: 
•  antibiotik (seperti cloxacillin, clarithromycin, dll) 
•  ubat anti-epileptik 
•  ubat tahan sakit jenis anti-inflammatori bukan steroid (seperti aspirin,           
diclofenac, mefenamic acid, dll) 
•  herba (ginseng, gingko biloba, Dong Quai) 
•  sayur-sayuran berdaun hijau (seperti bayam, brokoli, sawi, dll)



KESAN SAMPINGAN (PENDARAHAN YANG TIDAK DIINGINI)   
•  lebam yang luar biasa 
•  pendarahan berlebihan pada luka 
•  hidung dan gusi berdarah 
•  najis / kencing berdarah

 APAKAH ITU INTERNATIONAL NORMALIZED RATIO (INR)   
Ujian darah yang dijalankan untuk  menentukan dos ubat warfarin dan      
mengesan sama ada mencukupi atau tidak bagi seseorang pesakit .



JIKA TERLUPA MENGAMBIL UBAT 
WARFARIN!!!

Jika terlupa satu dos (melepasi 
waktu biasa pengambilan ,  
makan sebaik sahaja teringat. 
Jika sudah sampai waktu dos yang 
berikutnya, tinggalkan dos yang  terlupa dan ambil dos yang seterusnya. 
Jangan sesekali GANDAKAN dos jika 
terlupa mengambil satu dos.


PASTIKAN!!!

makan ubat   
warfarin  ini 1 biji SATU kali sahaja setiap hari
Diambil sebelum makan.ubat ini perlu diambil pada waktu yg sama stiap hari.